CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 26 January 2010

Pengantin Lama!!

Haaa..boleh plak upload gambar, kejap boleh kejap tak boleh ishhh!! lama giler baru amik masa nak update ni, walaupun dh lama aku simpan post ni, akhirnya berjaya juga publish tetap nk publish gak kat sini..tak banyak citer pung nak citer..Ala ni pun gambar masa pegi wedding dhenu hari tu..tu je pun...

aku & mummy dida & alya

oh ini la pengantin hari tu..hari ni dh jadi pengantin lama dah...
dah basi sebab lama baru aku nk up kat sini..

oh dhenuka...

Friday 22 January 2010

Pemeriksaan Kesihatan

Hai..

Firstly nak ucap thanks kat Bahagian Korporat & BSM sebab telah menganjurkan Pemeriksaan Kesihatan ni. Antara pemeriksaan yang ada tadi merangkumi aspek kesihatan jantung. Ye la, penyakit jantung ni berpunca dari amalan pemakanan kte yang tak seimbang. Kalau dah keturunan ada penyakit tu nak wat mcm mana kan, so kenala berjaga-jaga.
Dari situ kite kena jaga la semua aspek kesihatan kte.(baru tau sbb tadi ada penerangan).

Ok tadi kena timbang berat & buat BMI sekali, baru la tau kte ni berada kat ranking yang mana sama ada kte ni Underweight ke Normal ke Overweight ke, Obesity ke, atau pun Severe Overweight..Ohh!! aku punyer adalah?? malu la nak bg tau..paham-paham je la...
Lepas tu Check BP(Blood Pressure) aku ok, Normal, pastu Check Blood Sugar(gula dlm darah)
& Cholesterol itu pun aku ok, normal jugak..Tapi kena jaga jugak, sebab umur semua makin meningkatkan..

Bagus jugak ada pemeriksaan percuma macam ni kat opis, al-maklum la kalu pegi Hospital Kerajaan kena appoinment dulu, lambat jugak kan nak tau resultnya.Kesimpulan Pemeriksaan Kesihatan hari ni ok, aku puas hati..sori tak de pic la.
Apa yang penting, kesihatan harusla dijaga, Pemakanan juga penting.Amalkan gaya hidup Sihat.

Ok. Bye-bye



Wednesday 20 January 2010

FRIENDS OH FRIENDS

Salam, Hai semua...
Aku tak puas hati lagi ni, hari ni nak sambung marathon lagi mengupdate blog, padahal keje banyak je nak kena buat..tak pe menyelam sambil minum air la, Alah korang macam tak biasa pulak..

Ada apa dengan tajuk di atas?Ini adalah perjumpaan yang tak dirancang, tetiba je Erra call cakap jom kte jumpa nak? So semua decide nak jumpa sabtu malam baru ni 16 Jan 2010.. lama betul tak jumpa diaorg ni, Erra ada gak jumpa, tapi Murni memang tak pernah jumpa, memang dah berubah sangat bila jumpa dengan diaorg ni..Lokasi tempat pertemuan kami setelah dirancang adalah di rumah Murni, di Ampang Tasik Tambahan. Thanks, muni masak macam-macam bagi kteorg makan. Masing-masing macam excited je sbb lama tak jumpa, macam-macam benda nak cerita, nak share, nak gosip..Tak sama tau berbual kat telefon dengan berbual kte bertentang mata..

Ye la masing-masing dah kahwin, banyak tanggungjawab yang perlu dipikul sebagai seorang isteri. Erra pun dah ada anak, Murni baru kahwin tapi aku tak dapat nak pegi ada hal sangat masa dia kahwin. Masing-masing sibuk dengan karier masing-masing. Sebenarnya ada lagi yang aku tak jumpa, yang ni yang jumpa pun tak cukup lagi, yang tak de semua tak leh nak datang. Diaorg ni kira kawan baik aku masa aku sekolah kat sentul dulu, tapi sayang aku cuma sampai form 4 je dengan diaorg, bayang kan dari form 1 hinggalah aku form 4, bila aku terpaksa berpindah ke Putrajaya masa tu memang sedih sangat. Tapi kteorg still keep in touch la, cuma tak berjumpa je, nasib la ada hp, tambah pulak sekarang ni dunia alam cyber semakin banyak, macam-macam cara sekarang ni kte boleh berhubung, cuma tau dengan tak tau je nak guna, betul tak..

Lepas ni kteorg dah plan nak kumpul macam ni selalu, ok gak tu, mengeratkan hubungan kan..lepas ni diaorg plan turn umah aku plak..Cerita aku dah nak abis, so selingannya harus la ada gambar, maka ini saja lah gambar yang sempat dimbil pada hari kejadian dan di upload disini..Semoga kte akan berjumpa lagi seperti yang dirancangkan..

ini la dia, yang sebelah aku tu Murni, sebelah Murni tu Erra,
yang belakang tu anak Erra, Ashman

ngan Erra "Hotmama"

Aku & Murni

Hensem boy la anak si Erra ni

Ok bye-bye..

jumpa lagi next entry!!

Tuesday 19 January 2010

Carls. Jr. time wif my Legal Gang

Hai..
Hari ni aku memang giler tamak nak publish semua citer..tapi satu persatu ye, ikut mana kejadian yang mana berlaku dulu ye...

Citer ni berlaku hari jumaat lepas, kan rehat panjang kteorg dah plan nak pegi mid valley, sebenarnya plan dah lama, cuma masa nak pegi je banyak pulak rintangan..cewah macam apa je kan..asyik postponed je, last-last jadik jugak..Tapi yang tak best tak cukup korum, last minit kak ros(bos aku) tak dapat nak join..so kteorg decide nak pergi jugak..

Kteorg apalagi tanpa melengahkan masa masing-masing laju-laju je bergegas ke Mid Valley..Sebab kteorg datang sini makan tempat mahal mahal ni adalah tujuan nak celebrate birthday aku yang dah lama lepas..pada aku makan tempat macam ni kira mahal la.. Dah nama pun hari jadi aku haruslah kawan-kawanku yang belanja..thanks erk korang...sayang korang mmuahxxx....Yang best nyer birthday girl je yang boleh decide nak makan kat mana..Aku apalagi search la tempat makan yang sedap..Tu yang aku decide nak makan kat Carls. Jr. ni..

Aku tak penah makan pun kat sini saja nak try, dida cakap sedap, ok la burger dia sedap, besar tapi mahal sikit..semua makan tak habis, siap tapau bawa balik lagi..ni ada sikit gambar yang diambil masa kat sana..

To: dora, dida, diana & Kak Rina terima kasih daun keladi lepas ni belanja lagi...hahahahah

sume sibuk mengorder! sempat lagi berposing!

Cup ni kalau nak tau size medium, besar kan!
Besar dia macam large kat Mcd

Minum lah air banyak mana pun, boleh refill


happy semua dapat makan

besar kan! & sedap!!

And last but not least gambar kami semua!!

Mandi-Manda di Sungai Congkak

Ha ni citer dah lama giler, ni masa cuti tahun baru hari tu...tempat kejadian adalah di Sungai Congkak..kenapa lama giler baru aku nak upload kat sini erk? aku kehilangan wayar cable kamera, lupa pulak letak kat mana, tapi dah jumpa dah kat dalam almari..letak kat mana cari kata mana...

Masa nak pegi ni kteorg plan baik punya, plan seminggu awal.antara yang pergi pakcik& famili, cousin & famili dan kteorg satu famili..Best, sekali sekala berkumpul dengan famili sebab jarang sangat jumpa dengan sepupu-sepapat aku..ni la masanya..
Pagi-pagi dah bertolak dari rumah, lebih kurang pukul 7.00 gerak, takut sampai sana lewat tu yang kuar awal. Paham-paham je la kalau kat Sungai congkak, kalau kul 10 ke atas mesti ramai orang, lagipun kteorg nak cari tempat baik sikit, nasib dapat sewa satu pondok kat situ, tempat pun ok, siap ada tempat untuk bbq lagi..Bila lagi agaknya nak kumpul macam ni lagi?


Adik wit Tisya, Mak & Tati..Nampak tak Pondok kat belakang tu, tu lah pondok kami sewa


Gambar ni ada lagi yang tak masuk ni, ini sebahagian daripadanya
taty, aku, eleisya,adik, tisya & kak fiza

Ni antara menu hari tu, ini adalah menu utama, ada ayam, ikan, kambing,
bontot ayam, sosej, burger..

Pandangan pondok kami dari bawah, yang best dalam
pondok ni ada bilik

Ni Mak aku & mak cik gigih membuat air asam nak cicah dengan ikan bakar

ni orang2 kuat membakar

Kepada adik-beradikku & sepupu-sepupuku kalau ada lagi nak buat aktiviti macam ni war warkan ye kepada kami..jangan malu jangan segan..hahaha

Ok Bye-bye

Hujung Minggu Menonton Wayang


salam
Hai..aku citer sikit ni hari jumaat malam hari tu pegi tengok kat Alamanda booked pukul 11.30pm, citer ni hari pertama kuar panggung, giler bapak ramai org..memula nak booked kat mid valley, tapi fully booked la plak..nak tengok punya pasal, kteorg booked la kat Alamanda, ok la dapat tempat pun tak lah bawah sangat, dapat duk kat tengah2 kira ok la jugak tak la teleng kepala sebab mendongak...

Citer ni best je, ok la boleh bawa famili pegi tengok, seronok time part budak-budak tu je kelakar, kali ni lakonan si jackie chan tak banyak sangat aksi nya, semua org pun nak tengok aksinya je kan..sebenarnya bukan nak citer sangat pun pasal citer ni..saje je nak mengupdate..hahaha

Ni ada lagi citer baik, masa nak tunggu nak masuk panggung lebih kurang kul 11.00pm macam tu, tetiba aku ternampak kelibat seseorang yang macam aku kenal, memang kenal pun...sape erk?? Oh rupanya Si Hafiz (Bhg.Audit) dengan sape erk? dengan kekasih hatinya la..amboi abg hafiz kte ni tengok wayang ngan gf..dia nampak aku pun terkejut..ok la gf dia comel..sesuai la dengan abg Hafiz tu..Tak Kisah la terserempak, itu biasa la, yang kelakarnya lagi, aku tanya dia tengok citer apa, dia tunjuk tiket wayang dia tu, aku tengok dia tengok citer sama ngan aku, ok la lagi aku tanya, panggung berapa? dia tunjuk lagi tiket dia tu, oh!! sama lagi panggung dengan aku, Panggung 2..Confirm la satu panggung dengan aku nanti kan..tak puas hati lagi aku, aku tanya lagi, "seat ko berapa pis? dia tunjuk tiket dia lagi, sama baris dengan aku lagi la...sian hafiz, nak date pun jumpa member opis kan..Sori ye Hafiz, member husband mengusik ko..Ala, sori tak da gambar la..kalau tak mesti aku tangkap gambar Hafiz ngan gf dia...

Ok tu je aku nak citer...bye-bye



Friday 15 January 2010

Nak Tag la Jugak!!

Salam..
tadi baca blog mummydida, macam best je kan..nak buat la gak..dia pun suh buat gak...


1. First time you met him - when and where?
First time jumpa kat kedai Asam Pedas, ala yg kat ofis KRU tu...kat Ulu Kelang Kot, Kakak angkat yang kenalkan dengan dia

2. Love at first sight?
Entahla....dia kot yang jatuh cinta kat aku

3. Who is he when the first time you met him?
manusia biasa

4. How long does it takes for him to ask you out for a date?
Lebih kurang seminggu gak baru ajak dating...

5. First place dating?
Ala Tak Ingat la...banyak sangat dah tempat pergi..boleh!!

6. How he proposed?
Terus ajak nak jumpa ngan famili aku, masa tu baru 3 bulan kawan...

7. Special date with him?
setiap date kami adalah special..

8. Changes that he asked you to do?
jangan sensitip sangat....

9. What is about him that you love so much?
Semuanya tentang 'dia' oh!!suamiku!!

10. What is about him that you wish he would change?
perut kasi kempis sikit..hahaha!!! mati aku kalu dia baca ni

11. You lose your mind and crack your head when he?
bila dia marah & merajuk(burok benor!!)

12. You will smile through your eyes for the whole day when he?
dia bagi suprise, contoh belikan sesuatu yang aku suka!!

13. Complete below sentences"My love towards my husband is as big as...?
"Seluas lautan yang terbentang"...ewahh

Thursday 14 January 2010

Busy

Salam..

Sori la lately ni busy sangat tak sempat nak update blog...sian blog aku ni dah lama bersarang...nasib baik tak berkulat kan..hehe... nnt aku ada masa banyak citer nak story mory kat sini..so tunggu kemunculan seterusnya...

bye.....

Monday 4 January 2010

Kalau ada rezeki adalah...

Oh, ditahun yang baru, coretan yang pertama aku coretkan pada blog hari ni..aku berharap sangat kedatangan tahun baru kali ini akan lebih bermakna lagi kehidupan aku bersama suami tercinta.. Tak sabar rasanya lagi menunggu..penantian satu penyeksaan...tapi aku hanya mampu merancang, tuhan yang menentukan..aku berharap aku lebih bersabar untuk menempuh menghadapi cubaan dariNYA...Kuatkan lah semangat aku, Ya Allah!!
Tetiba, aku nak taip citer ni..apa ker halnya?
Sebenarnya aku dah tak kisah sangat dah, tapikan kadang2 orang sekeliling aku ni kadang tak paham, maybe dia ingat kte ni semua sama macam diaorg kot..tk pandai nak jaga hati orang langsung..tu yang buat aku tersentuh kadang2 dgn org2 macam ni.. Dah kalu rezeki ko cepat, alhamdullillah, jangan la nak banding-bandingkan dengan aku pulak..jaga elok2 ko punya sudahla..
Kalau membandingkan dari sudut yang positif tak pe boleh lagi diterima tapi kalu sudut yang negatif!! macamana??perasaan aku masa tu jangan cakap la, rasa macam nak nangis je, tapi kena kontrol gak, aku kena tunjuk yang aku ni tahan!! padahal lepas tu berjurai-jurai air mata yang kuar smpai bengkak2 la mata ni..Inilah namanya dugaan kan..aku kena banyak lagi bersabar, dengan orang orang macam ni..even orang yang terdekat dengan kite sendiri pun ada gak yang terlanjur kata, apa nak buat memang dah lumrah manusia, suka terlanjur kata..maafkan je la orang tu..
Yang penting aku dan suami dah berusaha dan masih lagi terus mencuba dan berusaha serta memohon kepadaNYA, ada ke tak de itu belakang citer..jangan nak memandai buat andaian sendiri..Ajal maut datang dari Allah rezeki pun datang dari Allah juga..kte sebagai manusia kena berusaha untuk mencapai kejayaan..
Doakan untuk aku& suami..amin