CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday 24 June 2013

setelah sekian lama

salam..huh!! bersawang dah rasanya blog nih..penuh habuk n debu debu..

lama rasanya x bersua..banyak benda nk dicerita nak dicoretkan tapi apakan daya, luahan ini mmg dh tak dapat ditahan lagi.tak tau nak mula dari mana ;( banyak kali rasanya, bukan sekali bukan dua kali tp perasaan ini banyak kali tersentap dengan apa yang berlaku n terjadi..Aku bukan la sapa sapa hanya insan biasa tak dapat melawan takdir dengan apa yang berlaku...bukan aku minta apa yang berlaku semuanya pada diri aku, sekurang-kurangnya memahami la hati dan perasaan ini..Tak mintak banyak pun sekurangnya jaga hati kecilku ini..Betullah ckp laki aku, aku ni terlalu menjaga hati orang sehingga tiada siapa pun yang menjaga hati aku..Akhirnya aku yang marana n disakiti dan terus disakiti!!Susah rupanya nak cari kawan kawan susah dan senang sama sama..Tuhan tolong la permudahkan jalan hidupku ini,


Fuh!! Selamat Kembali

Assalamualaikum

Ya allah lama sungguh aku x menjenguk blog ni sampai terlupa kata laluan nak masuk blogspot ni..huhuhu teruknye kan, tp nasib baik la kata laluan yg selalu digunakan tu sama cuma kena try n erorr je la..nk mengupdate cerita mmg la tersangat malas tp kalau disuruh berblogwalking org lain punye blog mmg rajin ;)p

Banyak benda nak cerita, tp tak tau nak mula dari mana, banyak kisah banyak jalan cerita perlu dikarang, huh malasnye....tapi x nak janji la takut nnt malas nak update story dalam blog ni kang bersawang lagi blog ni..In Sha Allah akan diceritakan, sabar ye..Ni semua cerita pasal perjalanan hidupku..

Tahun baru 2013 banyak membuka lembaran baru hidup kami sebagai suami isteri selama 6 tahun kami bersama banyak rintangan yang kami lalui. pahit manis suka duka nangis tawa rindu dendam semua diharungi bersama. Aku percaya semua yang berkahwin pasti menginginkan cahaya mata @zuriat untuk menyambung keturunan. Bukan semua mempunyai rezeki dan nasib yang sama, ada yang senang dan ada yang kena berusaha dan terus berusaha untuk memiliki zuriat sendiri..

 



 

Thursday 28 March 2013

KAWAN/SAHABAT

Assalammualaikum.

yehuu kembali lagi..hahahaha wah tajuk tak boleh blah, semua ada kawan kan?? aku pun ada kawan gak, hahaha..boleh kata semua da kawan, maksud kawan

saja nak share ;)
  • (1) Kenalan
  • Orang yang sudah dikenali. Mungkin kita hanya kenal nama, umur, pekerjaan, latar belakang dirinya & beberapa perkara umum yg lain pada seseorang kenalan. Akan tetapi, dalam sesuatu perhubungan tidak begitu rapat. Mungkin hanya sekadar bertegur-sapa, bertanya khabar apabila bertemu tetapi tidak di luar batasan waktu iaitu pada lingkungan masa itu sahaja serta tidak termasuk waktu peribadi seseorang.

  • (2) Teman/Sahabat/Kawan
  • Terdiri daripada 2 kategori:-

  • (a) Teman/Sahabat/Kawan Biasa
  • Tahapnya tinggi daripada kenalan. Banyak aktiviti, kegiatan atau pekerjaan dilakukan secara bersama. Adakalanya di luar batasan waktu iaitu waktu peribadi seseorang. Akan tetapi, ia hanya kekal hanya pada masa kita suka, gembira & senang sahaja. Tetapi apabila kita berada dalam keadaan sedih, duka & menghadapi situasi serta masalah besar dalam kehidupan, mereka akan meninggalkan kita keseorangan.

  • ('b) Teman/Sahabat/Kawan Sejati/Istimewa
  • Tahap lebih tinggi & mulia daripada kenalan & teman/sahabat/kawan biasa. Mereka adalah insan yang paling hampir & dekat dengan kita. Mereka sentiasa bersama-sama dengan kita bukan sahaja di waktu kita suka, gembira & senang tetapi ketika kita sedih, duka & menghadapi situasi serta masalah besar dalam kehidupan.

  • Di antara ciri-ciri Teman/Sahabat/Kawan Sejati/Istimewa:-
  • Insan yang paling dekat untuk kita luahkan perasaan suka dan duka.
  • Insan yang memahami diri kita, perasaan & kehendak kita.
  • Insan yang jujur & ikhlas melakukan sesuatu yang termampu & terbaik pada kita (contoh, membantu kita) tanpa syarat & mengharapkan balasan daripada kita.
  • Insan yang membela & menutup aib/kesalahan/kesilapan kita pada orang lain tetapi pada masa yang sama menegur & menasihati kita di belakang mereka.
  • Insan yang menerima diri kita samada baik & buruk tanpa sebarang syarat & alasan.
  • Insan yang sanggup berkorban masa, tenaga, buah fikiran & wang ringgit demi kebahagiaan kita. Adakalanya sanggup menghadapi bahaya & menggadai nyawanya kerana kita.
  • Insan yang jujur & sabar dalam menegur, menegah & menasihati kita daripada melakukan perkara2 yang buruk & yang dilarang oleh agama.
  • Insan yang menjadi sumber inspirasi, peniup semangat & pemberi motivasi apabila kita kecewa, patah semangat & menyerah kalah.
  • Insan yang dijadikan tempat untuk luahkan segala permasalahan hidup & perasaan kita.
  • Insan yang boleh menyimpan rahsia kita & boleh dipercayai tanpa membocorkannya pada orang lain.
  • Insan yang menjadi tempat bergurau senda, berhibur & bergelak ketawa bersama kita.
  • Insan yang sentiasa menyokong, mengangkat esteem diri & pembakar semangat kita untuk terus berjaya dalam sesuatu aktiviti, bidang atau pekerjaan.
  • Insan yang sedia mengajarkan ilmu, kemahiran & pengalamannya kepada kita tanpa sebarang syarat.
  • Insan yang sanggup mempertahankan diri kita daripada dirosakkan oleh orang lain walaupun nyawa, harta benda & maruahnya akan menjadi taruhan.
  • Insan yang sentiasa mendoakan kejayaan & kebahagiaan kita setiap kali selepas solat.
  • Insan yang sentiasa mengingati & merindui kita. Sukar atau mustahil dapat melupakan kita sepanjang hidupnya.


  • (3) Kekasih
  • Tahapnya adalah setaraf & semulia dengan Teman/Sahabat/Kawan Sejati/Istimewa tetapi bezanya sepasang kekasih ialah berlainan gender iaitu seorang lelaki & seorang lagi perempuan. Mereka bercinta & bersatu hati. Mereka berjanji setia & berakhir dengan sebuah perkahwinan. Hubungan paling mulia yang diredhai Allah swt bagi sepasang kekasih adalah melalui ikatan sah iaitu perkahwinan. Selepas berkahwin, mereka akan terus kekal sebagai kekasih & mempunyai anak, cucu serta cicit sehingga ke akhir hayat mereka. Menurut ajaran Islam, apabila mereka mati dalam keadaan beriman kelak, mereka akan ditemukan di dalam syurga & kekal abadi buat selama-lamanya.
  • persoalannya kini dimana kedudukan kita?????

**sumber copypaste 

Friday 18 February 2011

Cakap tak serupa bikin..

Assalammualaikum..
hai..

nak luah kan tp tak tau nk citer ngan sapa..ermm citer kat sini terluah gak apa yg nk cakap tu..Blog aku kan, kte luah je la kat sini,..
macam mana erk nak mula, ok ok sebenarnya nk shre skit pasal org ckp tak serupa bikin ni, hari tu bukan main lagi tak setuju dgn "org" ni dh skrg lain plak udah lain plak apa yang dia ckp tempoh hari..ermm ye la mana tak nya time dia rasa tak suka dia ckp la org tu bukan bukan, tp time baik lain plak jadi nya hal kte plak dia cerita..betul la kan org ckp air dicincang tak akan putus nama pun adik beradik kan??

arghh!! tu masalah korang malas aku nak amik port lagi..dah terang2 lagi tau yg diaorg tu ckp pusing2..ermm dah kte jgn amik port la..biarkan mereka..

ok la tu je bye...


Monday 6 December 2010

Salam Maal Hijrah 1432h

Salam

huh!! lama giler tak update blog..
nama nye je ada blog tapi...apakan daya, internet manjang kena block...huh!!
meh nak story sket hr ni..

pejam celik pejam celik dh nak akhir tahun rupanya kte kan..dah nak masuk 1432hijrah rupanya..
dah hujung tahun nak masuk tahun 2011 dh...banyak benda tak tercapai lagi :(
cepat betul masa berlalu, tahun 2010 dh nak melabuhkan tirai, rasa macam banyak lagi yang belum diperbaiki untuk diri ini...Ya Allah berilah aku peluang untuk bernafas/meneruskan lagi kehidupan ini, sesungguhnya aku amat bersyukur kerana diberikan kehidupan & kesihatan yang baik kepadaku dan keluarga..

Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1432 H kepada seluruh umat Islam.Semoga dengan kedatangan tahun baru ini kita dapat memperbaiki amalan kita supaya menjadi yang terbaik daripada sebelumnya. Semoga tahun baru ini lebih baik daripada tahun-tahun yang sebelumnya.

Selamat menyambut kedatangan tahun baru...sama-sama la kte menjadi insan yang berguna kepada bangsa dan agama..=)


Thursday 24 June 2010

Thank You Boy!!!

Salam

Untung tak ada kawan baik macam ni, tiap-tiap bulan dapat benda alah ni, ekceli boy ni kawan laki aku, dia la yang bagi barang2 ni..dia keje part time buat event besar kat mydin, so bila je ada event kami pasti akan dapat barang2 dapur, contoh sabun mandi, sabun basuh kain, ubat gigi, berus gigi, teh susu 3 in 1.

Rasa2 aku dah berapa bulan dah aku tak beli barang umah yang aku sebut tadi, sebab aku dapat free je..hihihi bagus kan.


ni lah barang2 yang aku dapat..ada lagi tapi ni je sempat aku tangkap masa dapat hari tu.



senang nk buat air teh tarik tak yah susah2
sedap giler teh terik Boh ni..


Aku bukan setakat dapat benda-benda ni je, ada benda lain yang ku tak sangka pun dapat..aku sukee giler dapat benda ni, banyak style leh wat hihihi...

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

tadaa!

haa!! ni la benda alah tu, aku dapat ni..suke suke sangat.
aku tengok kat kedai mahal gak benda ni, harga dalam seratus lebih la, pada aku mahal la.
kalau nk beli mmg tak kan beli la



asal balik umah mak aku je, aku pun melaram ngan adik aku, dia buat rambut aku, aku buat rambut dia..hihi

Ok la kalo sesekali nk tukar style kan..


When i was sick!!

salam...
haii

Huhhh!! setelah sekian lama aku menyepi, malas la sebenarnya nk update ,,tp banyak cerita yang nak dikongsi di sini...dah tak tau dah nk tulis ayat mcm mana lagi, tetiba terlupa nk susun ayat, tgk ayat pun berterabur ni..

Oh citer ni dah lama sgt2, dh bersawang siap dah ada anai2 dah ni, ni..ada masalah sebenarnya, gambar ni ada dalam phone, ada masalah nk transfer ke pc, tu pun diana tolong transfer kan..hahah baru dpt nk up kat sini.

Masa ni aku masuk Hospital untuk menjalani satu pembedahan kecil, lama tau dapat mc 14 hari dpat mc masa tu..so ini lah gambar yang diambil masa kat hospital tu. malas la nak story pepanjang sebab aku dh kuar hospital dah pun..


-
-



boleh baca magzine lagi tau


ni lepas operate


mak & adik dtg tunggu


-
-
-
-
-
-
-
-

-
-


-
-

oh yang ni pantang makanan sampai dia yang akan makan dulu...hhihihihi

Wednesday 5 May 2010

Hari Belia Negara 2010


Salam

korang nnt jangan lupa jalan kat putrajaya nnt ada sambutan hari belia negara datang tau 14-16 Mei 2010, kat sekitar putrajaya banyak aktiviti yang best...datang jangan tak datang...
Dengar-dengar kat setiap presint ada aktiviti. (senarai aktiviti/program copy dari kakak erin)

ni antara senarai tempat yang akan berlangsungnya aktiviti/program Hari Belia Negara PUTRAJAYA 2010:

  • PRESINT 1

Pertandingan Dikir Barat Piala President MBM/ Persembahan Nasyid/ Sesi Bersama Upin & Ipin / Konsert Rabbani/ Pertandingan Gendang/ Sesi Bersama Chef/ Peragaan Fesyen/ Pameran & Jualan Cluster Modal Insan/ Kreatif Inovasi dan Kebajikan/ Majlis Tahlil dan Doa Selamat/ Al-Kuliyyah (Siaran Langssung)/ Khutbah Jumaat Dan Solat Hajat.

  • PRESINT 2

Demostrasi dan Mari Mencuba Menyumpit/ Joy Flight/ Pertandingan Tomoi/ Sukaneka Expo dan Pameran Belia/ Karnival Jom Heboh Sempena Hari Belia Negara 2010.

  • PRESINT 3

Clash of the band/ Pesta Kreatif Tahun Harimau/ Tarian Singa/ Mari Mencuba Mini Bike/ Mari Mencuba Go-Kart/ KSR-Kawasaki Race/ Auto Show-Auto Khana/ Goodyear KBS International Drift Challenge/ Senam Cergas/ Berjalan Rakyat/ Aerobicthon/ Mari Mencuba (Step Aerobic)/ Mari Mencuba (Lompat Tali)/ Mari Mencuba (Fit ball)/ Ekiden Run 2010/ Pertunjukan Robofair/ Cabaran Inovasi Rekreasi Rakan Muda IPT/ Pertandingan Cyber Games/ Kreatif GIGs 1 Belia 1 Malaysia/ Expo dan Pameran Belia/ Miniature Golf/ Motobike Show/ Pameran Pendidikan/ Job Fair/ F1 Team/ PC Fair/ Hand Phone Fair/ Music Village.

  • PRESINT 4

Pertandingan Extreme Dance/ Persembahan Band Komuniti Putrajaya/ Persembahan Kesenian Rakan Muda/ Persembahan Indie Band/ Persembahan Teater (Sketse Kampung Aman)/ Himpunan Kelab-Kelab Kereta Malaysia/ Mari Berbasikal (Maret Muda)/ Klinik Inline Skating/ Pertunjukan Parkour/ Perhimpunan Wajadiri/ Pertandingan Fotografi/ Pertujukan Base Jump/ Pertandingan Kawad Kreatif/ Pertunjukan Kereta Kawalan Jauh/ Hari Terbuka Gimnasium KBS/ Pameran & Jualan Rakan Niaga- Youth Town/ Derma Darah/ Pendaftaran Kad Rakan Muda – Go Mobile/ Perhimpunan Sukarelawan/ PLKN/ Karnival Fun Foto.

  • PRESINT 5

Mari Mencuba Pony Ride/ Eco Challenge/ Kejohanan Paintball/ Pertandingan Cheer Leading/ Pameran & Persembahan Malaysia International Youth Programme (MIYP)/ Perhimpunan Hari Belia Negara 2010/ Anugerah Belia Negara/ Konvensyen Belia Kebangsaan/ anugerah Remaja Negara/ Majlis Perundingan Belia Negara.

  • PRESINT 6

Pertandingan X-Games (Cabaran Sukan Lasak)/ Pertandingan Kayak/ Pertandingan Perahu Panjang/ Pertandingan Mendayung/ Pertandingan Water Ski/ Pertandingan Perahu Layar.

  • PRESINT 13

Jambori Pengakap

  • PRESINT 18

Pertandingan Kabadi/ Kejohanan Futsal/ Pertandingan Bola Jaring/ Demostrasi, Mari Mencuba dan Pertandingan Dodgeball/ Pertandingan Sepak Takraw Antara Regu/ Pertandingan 3 on 3 Bola Keranjang.

Wednesday 28 April 2010

why!!

isshh!!

Kenapa!!!!
Kenapa!!!
Kenapa!!!


kenapa ada yang tak suka kite senang??
kenapa ada yang tak suka kte bahagia!!
kenapa ada org depan baik belakang kte cakap belakang!!
kenapa ada yang nak busuk hati??
kenapa ada org iri hati??
kenapa nak dengki!!!
kenapa suka nak menjatuhkan org!!!!
kenapa ada org tak boleh tgk kte lebih dari dia padahal ko tu dh kaya!!!
kenapa nak jeles!!!

ada banyak lagi ni....

kenapa!! kenapa kenapa kenapa!!!!

p/s : Ya allah, ya tuhanku pelihara la aku dan jauhkan lah aku dari golongan seperti diatas...

Wednesday 7 April 2010

"TEMUBUAL @ TEMUDUGA"

Salam..hai

fuhhhh!! lega baru lepas habis temubual @ temuduga tadi.. Ala bunyi macam hah!! temuduga! biar betul!! dah tetap pun kena temuduga lagi ke?? banyak la persoalan yang berlegar-legar sebelum aku temuduga @ temubual tadi...

Sebenarnya, memang macam temuduga pun tapi tak formal sangat la, sebab jawapan yang kte berikan pun sangat rileks & sempoi je dan soalan yang diajukan pun pasal senarai tugas kte, so, suka hati la nk jawap macam mana pun, tak formal la katakan...

Tujuan sebenar temuduga @ temubual ini diadakan bukan nya apa pun, diaorg cuma nak tengok beban tugas kat Bahagian yang kte kerja tu, pastu kalau kat bahagian tu memang waran yang ada betul diisikan, tak de masalah la kot, TAPI! tak jugak mungkin waran yang diisikan adalah 2 tapi beban tugas dia tak banyak sangat atau tak membebankan sangat berkemungkinan bahagian itu tidak memerlukan kerani sampai 2, seorang saja sudah memadai, itu kata diaorg yang menemubual tadi lah...Lepas ditemubual tadi, risau jugak la, tapi kena positif la, kalau dapat tukar bahagian lain pun kena terima je la..kat mana-mana kte keje pun sama je, cuma mungkin kte rasa dah selesa kat tempat kte skrg ni, tapi tak bermakna tempat yang kte kena pegi nanti tak ok..mudah-mudahan ok la..kalau tak ok pun kte buat-buat ok sudah la.. (hihihi ayat nak sedapkan hati je) Keputusan tak de lagi pun, tunggu dan lihat je la nanti kalau boleh nak stay lagi, tak nak tukar2 lagi...hahahha mana boleh tak nak tak nak, kalau dh diaorg suruh kena gak tukar...

Apa-apa pun keputusan belum lagi keluar dan belum muktamad lagi, kalau benar lah kena ditukarkan Bahagian lain, kite terima je la, kena positif la.(hihihi aku pandai ckp je) nak bagi semangat kat diri sendiri je sebenarnya..ok la, selamat menunggu keputusan nya nanti...
eee takut!!!!!

Bye-bye