CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 29 December 2009

AZAM TAHUN 2010

salam..
sedar tak sedar tahun 2009 dah hampir menutup tirai dan tahun 2010 bakal menjelang tiba.... bila tahun berubah yang pasti umur juga turut bertambah, cepat betul masa berlalu kan..eee takut la plak
erm.. apa AZAM tahun baru 2010 anda akan datang ini?? pikir-pikirkan?
tu la cakap pasal AZAM tahun baru, AZAM tahun-tahun lepas pun ada yang tak tercapaikan..Rasanya setiap tahun AZAM yang sama kot, ye la mana tak nya AZAM tahun-tahun lepas pun separuh jalan..

So apa AZAM korang tahun ni?
hmmm..penat pikir AZAM apa tahun ni..apa erk??

Sebenarnya, bagus jugak kita ada AZAM ni. Masa budak2 dulu lebih pada nak didik kita untuk ada matlamat sebenarnya. kalau budak2 dulu senang je kan azam diaorg mesti nak lulus PMR atau SPM betul tak. Ok, jom kita buat AZAM jugak. Supaya lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan pada tahun 2010.

Aku pun ade jugak AZAM baru, macam biase, tapi tak tau la jadi ke tak…tapi takpe AZAM tetap kena ade…bak kata pepatah “hendak seribu daya tak nak seribu dalih”

AZAM AKU UNTUK TAHUN 2010

1. Aku nak beli rumah ( tinggi betul angan-angan kan)

2. Jadi ISTERI yang mithali & solehah (wah!!insaF)

3. Kurangkan BERAT BADAN *** kg (betul ke ni?)

4. Jadi anak yang BAIK

5. Nak jadi lebih rajin

6. lebih banyak bersabar

7. Nak jadi lebih penyayang

8. USAHA LEBIH SIKIT....

ada banyak lagi sebenarnya ni, OK cukup dulu sampai sini, kang panjang sangat pulak entry ni...

kepada kawan-kawan semua, Selamat Menyambut Tahun 2010..apa azam korang pulak???


Thursday 24 December 2009

SUAMIKU KENA TAHAN DI SJMC!

Salam..

Selamat Hari jadi, Selamat hari jadi, selamat hari jadi Azwa!!! Selamat Hari jadi....Cewah, nyanyi untuk diri sendiri pulak...ok rileks, rileks...
Hadiah dah dapat awal dah hari tu, pegi makan je kot..lagi pun semalam husband tak sihat, hari ni pun dia mc..
semalam sebenarnya husband kena tahan wad kat SJMC, sebab allergic yang teruk, habis satu muka bengkak..doktor bgtau, allergic pun bahaya jugak, jangan amik mudah sangat, tapi memang pun kadang-kadang kte ni kalau ellergic je ingat benda tu macam biasa je tapi sebenarnya bahaya gak..ada org allergic tak teruk sangat..tapi husband aku allergic stage 4 kata doktor tu..
Masa pagi tu dia hantar aku macam biasa, lepas hantar aku dia ada makan apa ntah, lepas makan dia muntah, pastu terus rasa sesak nafas..sampai opis je dia dah tak larat jalan(nasib baik masa on the way dia pegi keje naik moto tak de apa apa yang berlaku) nasib ada bos dia, Bos dia yang hantar pegi Hosp. Bos dia pun cakap teruk sgt bengkaknya tu..terus hantar dia kat kecemasan SJMC..alhamdullillah la nasib tak apa apa..
Tapi bila jadi macam ni masa ni baru rasa menyesal la, apa la, sebab tak boleh nak bawa kereta.aku semalam dari ofis nak ke sana naik teksi..time macam ni la penting..tu la kena belajar kete jugak ni.. so itu la cerita suamiku masuk hospital semalam...sekarang dia dah ada kat rumah, dia pun dah ok, badan semua ok cuma mukanya masih bengkak lagi..tak amik gambar pun, sbb kamera tak bawa hp aku tak canggih so tak snap pun..tapi memang lain muka dia sbb bengkak teruk sgt..

ok bye

Tuesday 22 December 2009

Musimkan....

salam,

Ni nak citer pasal org kawin lagi, nama pun dah musim org kahwin, citer pasal org kawin je la..
Bulan Disember ni banyak betul musim org kahwin kan..ada je jemputan, tu la mmg tengah musim pun..tak kisah la musim orang kahwin yang peliknya tema orang kawin ni pun bermusim gak ke??asal aku pegi orang kahwin je tema nya tak lain mesti merah& putih..pelik gak kan,kaler tu mmg cantik la tak dinafikan..betul la org ckp sekarang memang musim org kawin..lepas musim org kawin musim mengawan pulak, pastu ramai la yang berlumba-lumba sape yang mengandung dulu..betul tak..hehehe...Kalau dah rezeki nak wat mcm mana kan..alhamdullillah...

Minggu lepas kan cuti hari jumaat, aku 3 hari cuti pun sibuk jgk..husband aku punya bestfriend kahwin, so kenala ada setiap majlis diaorg, dari nikah sampai le kenduri dua-dua belah kte org ada..Bukan apa kata kawan baik kahwin so kteorg laki bini memang bagi support habis la..yang paling tak sangka aku kena jadi pengapit untuk belah perempuan kalau tidak dia suruh jadi pengapit dua dua belah, memang la tak boleh sgt kan petang tu aku ada kenduri lain tu yang tak boleh, mintak maap la Nor..mula mula tu macam tak nak tapi wife kawan baik husband tu minta tolong sangat..lepas tu aku paksa rela la jadi pengapit dia di hari persandingan diaorg belah perempuan..alkisahnya..tapi best gak dapat jadi pengapit..hari ahad tu kteorg datang sebagai tetamu, family aku pun datang sekali, meriah betul sambutan belah lelaki siap ada kain rentang bagai, ramai betul org datang..Gambar banyak ni, aku kan tamak semua aku nak masuk kat sini, ala tak pandai la wat kecit kecit.sapa yang pandai nanti ajar la..

ni lah bestfriend Husband, namanya Panjang

lepad nikah
pengantin & pengepit (merah kan)

sibuknya pengepit tu

makan beadab..aku pun makan kat meja pengantin, tapi tangan je yang nampak

ni banner masa kenduri belah lelaki

wit pengantin

tetap kena ada

ni ngan eleisya!

Ni Petang pulak ada lagi satu wedding kat Kg. Lindungan, Subang. Ni pun ofismate husband yang kahwin,nama dia Eja kteorg sampai pun lambat, orang dah kemas siap susun meja dah pun, ok la tu datang gak kan tunjuk muka..Minggu akan datang ni pun kte cuti hari jumaat lagi kan, minggu ni pun ada gak jemputan orang kahwin lagi..insyaallah kalau tak ada apa apa hal kteorg pegi.

opismate husband, Eja (merah lagi)

eja & Hubby

Tuesday 15 December 2009

Memori

salam...
kembali bersiaran....

mood rasa nak mengupdate tapi idea nak tulis ni tak de la plak.. Sebenarnya banyak nak citer kat sini, tapi bila start nak taip otak jadi jem, tak tahu nak tulis apa tetiba tak de idea.. Kesian blog aku, lama tak berupdate..

Ni pun citer lama, tapi tetap nak update gak..suka hati la dh basi ke apa ke..Ok la nak story skit la pasal Kursus hari tu..Overall best sangat!!! yang best sebab semua sekepala..tapi ada gak yang tak best...tak suka cakap cakap belakang plak..apa hal!! arghh!!!tak kisah la tu..peduli apa orang nak cakap, think positive ok!! banyak input dapat masa kat kursus hari tu...penceramah semua pun best..ada gak yang boring...memang insaf la dengar ceramah penceramah En. Rahman & EN. GITAR(lupa plak nama dia, ala yang bawa gitar tu..)

Tapi mmg best, masa ni la kte baru mengenali antara satu sama lain..memang beza betul, sebab masa kat opis tak de la rapat sgt, especially dengan bahagian lain, rasa macam dh lama kenal, best sgt sume bagi support antara satu sama lain..so kesimpulannya Tak kenal maka tak cinta... ye la 2 minggu duduk bersama-sama, makan bersama, mandi bersama, tido bersama, belajar bersama, buat assingment bersama, mcm2 la bersama sama dah boleh kenal dah semua org kat situ..

terasa gak bila dh nak masuk 3 4 hari kat situ, mula la nak feeling2 lebih, rindu kot..nasibla ada kawan2 pengubat rindu..serious wei, terasa sgt, bukan aku je wei, semua pun rasa mcm tu..nak nak yang ada anak sume..lagi kesian kan..tinggal kan anak, suami...yang penting kte semua telah berjaya menghabiskan kursus induksi kite..ok, sini ada sikit gambar-gambar masa kat sana... so layan...


Kenangan terindah!! semua sporting giler~~


ni masa lepas last exam..sume happy..dah tak stress lagi semua org...

wajib!! bergambar, setiap kali setiap masa

dalam kelas sempat lagi, pantang ada masa terluang memang semua kaki bergambar!!

wit kak hani, dida n erddy...kak hani best!!

aktiviti riadah kami..

kan aku dah cakap pantang ada cemera bebudak ni semua...tapi memmang best!!


ni masa malam dinner..wit dahlia

diaorg ni semua masuk air!! best time ni!!rindu masa ni!!!

the girlssss...

~dalam kelas~

Bye-bye...



Wednesday 2 December 2009

Berkursus!!

Pengumuman!!!
Wah dah macam nak umum apa la plak..entry hari tu pun wat pengumuman gak..tak pela aku suka...Sebenarnya nak bagi tahu ni, tapi aku rasa sume org tahu kot, sbb korang pun sama macam aku gak kena Pergi Kursus ..Aku kena pegi kursus Induksi pada 3/12 hingga 12/12 di sg. Congkak ye...sila jangan gelak ye tempat kursus tu..kan kat sungai congkak ada tempat berkursus...bukannya kteorg tido dalam khemah..Alhamdulilah la akhirnya dapat pegi gak..
Makanya blog ini akan bersarang la ye...tak de masa nk berblog la kat tempat kursus..
Macam la hari-hari aku update blog....poyo je..
So berjumpa lagi kte selepas aku balik dari Kursus ye...jumpa nanti di next entry..

Hari ni hari jadi Mak aku plak 2 Disember ...x dapat la nak celebrate pasal besok dh nak pegi Kursus..Tie (nama panggilan manja keluarga) balik kursus nanti la kte celebrate n bagi hadiah ye mak...Mak selamat Hari jadi yng ke 52 tahun..sayang mak!!