CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday 24 June 2013

setelah sekian lama

salam..huh!! bersawang dah rasanya blog nih..penuh habuk n debu debu..

lama rasanya x bersua..banyak benda nk dicerita nak dicoretkan tapi apakan daya, luahan ini mmg dh tak dapat ditahan lagi.tak tau nak mula dari mana ;( banyak kali rasanya, bukan sekali bukan dua kali tp perasaan ini banyak kali tersentap dengan apa yang berlaku n terjadi..Aku bukan la sapa sapa hanya insan biasa tak dapat melawan takdir dengan apa yang berlaku...bukan aku minta apa yang berlaku semuanya pada diri aku, sekurang-kurangnya memahami la hati dan perasaan ini..Tak mintak banyak pun sekurangnya jaga hati kecilku ini..Betullah ckp laki aku, aku ni terlalu menjaga hati orang sehingga tiada siapa pun yang menjaga hati aku..Akhirnya aku yang marana n disakiti dan terus disakiti!!Susah rupanya nak cari kawan kawan susah dan senang sama sama..Tuhan tolong la permudahkan jalan hidupku ini,


Fuh!! Selamat Kembali

Assalamualaikum

Ya allah lama sungguh aku x menjenguk blog ni sampai terlupa kata laluan nak masuk blogspot ni..huhuhu teruknye kan, tp nasib baik la kata laluan yg selalu digunakan tu sama cuma kena try n erorr je la..nk mengupdate cerita mmg la tersangat malas tp kalau disuruh berblogwalking org lain punye blog mmg rajin ;)p

Banyak benda nak cerita, tp tak tau nak mula dari mana, banyak kisah banyak jalan cerita perlu dikarang, huh malasnye....tapi x nak janji la takut nnt malas nak update story dalam blog ni kang bersawang lagi blog ni..In Sha Allah akan diceritakan, sabar ye..Ni semua cerita pasal perjalanan hidupku..

Tahun baru 2013 banyak membuka lembaran baru hidup kami sebagai suami isteri selama 6 tahun kami bersama banyak rintangan yang kami lalui. pahit manis suka duka nangis tawa rindu dendam semua diharungi bersama. Aku percaya semua yang berkahwin pasti menginginkan cahaya mata @zuriat untuk menyambung keturunan. Bukan semua mempunyai rezeki dan nasib yang sama, ada yang senang dan ada yang kena berusaha dan terus berusaha untuk memiliki zuriat sendiri..

 



 

Thursday 28 March 2013

KAWAN/SAHABAT

Assalammualaikum.

yehuu kembali lagi..hahahaha wah tajuk tak boleh blah, semua ada kawan kan?? aku pun ada kawan gak, hahaha..boleh kata semua da kawan, maksud kawan

saja nak share ;)
  • (1) Kenalan
  • Orang yang sudah dikenali. Mungkin kita hanya kenal nama, umur, pekerjaan, latar belakang dirinya & beberapa perkara umum yg lain pada seseorang kenalan. Akan tetapi, dalam sesuatu perhubungan tidak begitu rapat. Mungkin hanya sekadar bertegur-sapa, bertanya khabar apabila bertemu tetapi tidak di luar batasan waktu iaitu pada lingkungan masa itu sahaja serta tidak termasuk waktu peribadi seseorang.

  • (2) Teman/Sahabat/Kawan
  • Terdiri daripada 2 kategori:-

  • (a) Teman/Sahabat/Kawan Biasa
  • Tahapnya tinggi daripada kenalan. Banyak aktiviti, kegiatan atau pekerjaan dilakukan secara bersama. Adakalanya di luar batasan waktu iaitu waktu peribadi seseorang. Akan tetapi, ia hanya kekal hanya pada masa kita suka, gembira & senang sahaja. Tetapi apabila kita berada dalam keadaan sedih, duka & menghadapi situasi serta masalah besar dalam kehidupan, mereka akan meninggalkan kita keseorangan.

  • ('b) Teman/Sahabat/Kawan Sejati/Istimewa
  • Tahap lebih tinggi & mulia daripada kenalan & teman/sahabat/kawan biasa. Mereka adalah insan yang paling hampir & dekat dengan kita. Mereka sentiasa bersama-sama dengan kita bukan sahaja di waktu kita suka, gembira & senang tetapi ketika kita sedih, duka & menghadapi situasi serta masalah besar dalam kehidupan.

  • Di antara ciri-ciri Teman/Sahabat/Kawan Sejati/Istimewa:-
  • Insan yang paling dekat untuk kita luahkan perasaan suka dan duka.
  • Insan yang memahami diri kita, perasaan & kehendak kita.
  • Insan yang jujur & ikhlas melakukan sesuatu yang termampu & terbaik pada kita (contoh, membantu kita) tanpa syarat & mengharapkan balasan daripada kita.
  • Insan yang membela & menutup aib/kesalahan/kesilapan kita pada orang lain tetapi pada masa yang sama menegur & menasihati kita di belakang mereka.
  • Insan yang menerima diri kita samada baik & buruk tanpa sebarang syarat & alasan.
  • Insan yang sanggup berkorban masa, tenaga, buah fikiran & wang ringgit demi kebahagiaan kita. Adakalanya sanggup menghadapi bahaya & menggadai nyawanya kerana kita.
  • Insan yang jujur & sabar dalam menegur, menegah & menasihati kita daripada melakukan perkara2 yang buruk & yang dilarang oleh agama.
  • Insan yang menjadi sumber inspirasi, peniup semangat & pemberi motivasi apabila kita kecewa, patah semangat & menyerah kalah.
  • Insan yang dijadikan tempat untuk luahkan segala permasalahan hidup & perasaan kita.
  • Insan yang boleh menyimpan rahsia kita & boleh dipercayai tanpa membocorkannya pada orang lain.
  • Insan yang menjadi tempat bergurau senda, berhibur & bergelak ketawa bersama kita.
  • Insan yang sentiasa menyokong, mengangkat esteem diri & pembakar semangat kita untuk terus berjaya dalam sesuatu aktiviti, bidang atau pekerjaan.
  • Insan yang sedia mengajarkan ilmu, kemahiran & pengalamannya kepada kita tanpa sebarang syarat.
  • Insan yang sanggup mempertahankan diri kita daripada dirosakkan oleh orang lain walaupun nyawa, harta benda & maruahnya akan menjadi taruhan.
  • Insan yang sentiasa mendoakan kejayaan & kebahagiaan kita setiap kali selepas solat.
  • Insan yang sentiasa mengingati & merindui kita. Sukar atau mustahil dapat melupakan kita sepanjang hidupnya.


  • (3) Kekasih
  • Tahapnya adalah setaraf & semulia dengan Teman/Sahabat/Kawan Sejati/Istimewa tetapi bezanya sepasang kekasih ialah berlainan gender iaitu seorang lelaki & seorang lagi perempuan. Mereka bercinta & bersatu hati. Mereka berjanji setia & berakhir dengan sebuah perkahwinan. Hubungan paling mulia yang diredhai Allah swt bagi sepasang kekasih adalah melalui ikatan sah iaitu perkahwinan. Selepas berkahwin, mereka akan terus kekal sebagai kekasih & mempunyai anak, cucu serta cicit sehingga ke akhir hayat mereka. Menurut ajaran Islam, apabila mereka mati dalam keadaan beriman kelak, mereka akan ditemukan di dalam syurga & kekal abadi buat selama-lamanya.
  • persoalannya kini dimana kedudukan kita?????

**sumber copypaste