CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 29 December 2009

AZAM TAHUN 2010

salam..
sedar tak sedar tahun 2009 dah hampir menutup tirai dan tahun 2010 bakal menjelang tiba.... bila tahun berubah yang pasti umur juga turut bertambah, cepat betul masa berlalu kan..eee takut la plak
erm.. apa AZAM tahun baru 2010 anda akan datang ini?? pikir-pikirkan?
tu la cakap pasal AZAM tahun baru, AZAM tahun-tahun lepas pun ada yang tak tercapaikan..Rasanya setiap tahun AZAM yang sama kot, ye la mana tak nya AZAM tahun-tahun lepas pun separuh jalan..

So apa AZAM korang tahun ni?
hmmm..penat pikir AZAM apa tahun ni..apa erk??

Sebenarnya, bagus jugak kita ada AZAM ni. Masa budak2 dulu lebih pada nak didik kita untuk ada matlamat sebenarnya. kalau budak2 dulu senang je kan azam diaorg mesti nak lulus PMR atau SPM betul tak. Ok, jom kita buat AZAM jugak. Supaya lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan pada tahun 2010.

Aku pun ade jugak AZAM baru, macam biase, tapi tak tau la jadi ke tak…tapi takpe AZAM tetap kena ade…bak kata pepatah “hendak seribu daya tak nak seribu dalih”

AZAM AKU UNTUK TAHUN 2010

1. Aku nak beli rumah ( tinggi betul angan-angan kan)

2. Jadi ISTERI yang mithali & solehah (wah!!insaF)

3. Kurangkan BERAT BADAN *** kg (betul ke ni?)

4. Jadi anak yang BAIK

5. Nak jadi lebih rajin

6. lebih banyak bersabar

7. Nak jadi lebih penyayang

8. USAHA LEBIH SIKIT....

ada banyak lagi sebenarnya ni, OK cukup dulu sampai sini, kang panjang sangat pulak entry ni...

kepada kawan-kawan semua, Selamat Menyambut Tahun 2010..apa azam korang pulak???


Thursday 24 December 2009

SUAMIKU KENA TAHAN DI SJMC!

Salam..

Selamat Hari jadi, Selamat hari jadi, selamat hari jadi Azwa!!! Selamat Hari jadi....Cewah, nyanyi untuk diri sendiri pulak...ok rileks, rileks...
Hadiah dah dapat awal dah hari tu, pegi makan je kot..lagi pun semalam husband tak sihat, hari ni pun dia mc..
semalam sebenarnya husband kena tahan wad kat SJMC, sebab allergic yang teruk, habis satu muka bengkak..doktor bgtau, allergic pun bahaya jugak, jangan amik mudah sangat, tapi memang pun kadang-kadang kte ni kalau ellergic je ingat benda tu macam biasa je tapi sebenarnya bahaya gak..ada org allergic tak teruk sangat..tapi husband aku allergic stage 4 kata doktor tu..
Masa pagi tu dia hantar aku macam biasa, lepas hantar aku dia ada makan apa ntah, lepas makan dia muntah, pastu terus rasa sesak nafas..sampai opis je dia dah tak larat jalan(nasib baik masa on the way dia pegi keje naik moto tak de apa apa yang berlaku) nasib ada bos dia, Bos dia yang hantar pegi Hosp. Bos dia pun cakap teruk sgt bengkaknya tu..terus hantar dia kat kecemasan SJMC..alhamdullillah la nasib tak apa apa..
Tapi bila jadi macam ni masa ni baru rasa menyesal la, apa la, sebab tak boleh nak bawa kereta.aku semalam dari ofis nak ke sana naik teksi..time macam ni la penting..tu la kena belajar kete jugak ni.. so itu la cerita suamiku masuk hospital semalam...sekarang dia dah ada kat rumah, dia pun dah ok, badan semua ok cuma mukanya masih bengkak lagi..tak amik gambar pun, sbb kamera tak bawa hp aku tak canggih so tak snap pun..tapi memang lain muka dia sbb bengkak teruk sgt..

ok bye

Tuesday 22 December 2009

Musimkan....

salam,

Ni nak citer pasal org kawin lagi, nama pun dah musim org kahwin, citer pasal org kawin je la..
Bulan Disember ni banyak betul musim org kahwin kan..ada je jemputan, tu la mmg tengah musim pun..tak kisah la musim orang kahwin yang peliknya tema orang kawin ni pun bermusim gak ke??asal aku pegi orang kahwin je tema nya tak lain mesti merah& putih..pelik gak kan,kaler tu mmg cantik la tak dinafikan..betul la org ckp sekarang memang musim org kawin..lepas musim org kawin musim mengawan pulak, pastu ramai la yang berlumba-lumba sape yang mengandung dulu..betul tak..hehehe...Kalau dah rezeki nak wat mcm mana kan..alhamdullillah...

Minggu lepas kan cuti hari jumaat, aku 3 hari cuti pun sibuk jgk..husband aku punya bestfriend kahwin, so kenala ada setiap majlis diaorg, dari nikah sampai le kenduri dua-dua belah kte org ada..Bukan apa kata kawan baik kahwin so kteorg laki bini memang bagi support habis la..yang paling tak sangka aku kena jadi pengapit untuk belah perempuan kalau tidak dia suruh jadi pengapit dua dua belah, memang la tak boleh sgt kan petang tu aku ada kenduri lain tu yang tak boleh, mintak maap la Nor..mula mula tu macam tak nak tapi wife kawan baik husband tu minta tolong sangat..lepas tu aku paksa rela la jadi pengapit dia di hari persandingan diaorg belah perempuan..alkisahnya..tapi best gak dapat jadi pengapit..hari ahad tu kteorg datang sebagai tetamu, family aku pun datang sekali, meriah betul sambutan belah lelaki siap ada kain rentang bagai, ramai betul org datang..Gambar banyak ni, aku kan tamak semua aku nak masuk kat sini, ala tak pandai la wat kecit kecit.sapa yang pandai nanti ajar la..

ni lah bestfriend Husband, namanya Panjang

lepad nikah
pengantin & pengepit (merah kan)

sibuknya pengepit tu

makan beadab..aku pun makan kat meja pengantin, tapi tangan je yang nampak

ni banner masa kenduri belah lelaki

wit pengantin

tetap kena ada

ni ngan eleisya!

Ni Petang pulak ada lagi satu wedding kat Kg. Lindungan, Subang. Ni pun ofismate husband yang kahwin,nama dia Eja kteorg sampai pun lambat, orang dah kemas siap susun meja dah pun, ok la tu datang gak kan tunjuk muka..Minggu akan datang ni pun kte cuti hari jumaat lagi kan, minggu ni pun ada gak jemputan orang kahwin lagi..insyaallah kalau tak ada apa apa hal kteorg pegi.

opismate husband, Eja (merah lagi)

eja & Hubby

Tuesday 15 December 2009

Memori

salam...
kembali bersiaran....

mood rasa nak mengupdate tapi idea nak tulis ni tak de la plak.. Sebenarnya banyak nak citer kat sini, tapi bila start nak taip otak jadi jem, tak tahu nak tulis apa tetiba tak de idea.. Kesian blog aku, lama tak berupdate..

Ni pun citer lama, tapi tetap nak update gak..suka hati la dh basi ke apa ke..Ok la nak story skit la pasal Kursus hari tu..Overall best sangat!!! yang best sebab semua sekepala..tapi ada gak yang tak best...tak suka cakap cakap belakang plak..apa hal!! arghh!!!tak kisah la tu..peduli apa orang nak cakap, think positive ok!! banyak input dapat masa kat kursus hari tu...penceramah semua pun best..ada gak yang boring...memang insaf la dengar ceramah penceramah En. Rahman & EN. GITAR(lupa plak nama dia, ala yang bawa gitar tu..)

Tapi mmg best, masa ni la kte baru mengenali antara satu sama lain..memang beza betul, sebab masa kat opis tak de la rapat sgt, especially dengan bahagian lain, rasa macam dh lama kenal, best sgt sume bagi support antara satu sama lain..so kesimpulannya Tak kenal maka tak cinta... ye la 2 minggu duduk bersama-sama, makan bersama, mandi bersama, tido bersama, belajar bersama, buat assingment bersama, mcm2 la bersama sama dah boleh kenal dah semua org kat situ..

terasa gak bila dh nak masuk 3 4 hari kat situ, mula la nak feeling2 lebih, rindu kot..nasibla ada kawan2 pengubat rindu..serious wei, terasa sgt, bukan aku je wei, semua pun rasa mcm tu..nak nak yang ada anak sume..lagi kesian kan..tinggal kan anak, suami...yang penting kte semua telah berjaya menghabiskan kursus induksi kite..ok, sini ada sikit gambar-gambar masa kat sana... so layan...


Kenangan terindah!! semua sporting giler~~


ni masa lepas last exam..sume happy..dah tak stress lagi semua org...

wajib!! bergambar, setiap kali setiap masa

dalam kelas sempat lagi, pantang ada masa terluang memang semua kaki bergambar!!

wit kak hani, dida n erddy...kak hani best!!

aktiviti riadah kami..

kan aku dah cakap pantang ada cemera bebudak ni semua...tapi memmang best!!


ni masa malam dinner..wit dahlia

diaorg ni semua masuk air!! best time ni!!rindu masa ni!!!

the girlssss...

~dalam kelas~

Bye-bye...



Wednesday 2 December 2009

Berkursus!!

Pengumuman!!!
Wah dah macam nak umum apa la plak..entry hari tu pun wat pengumuman gak..tak pela aku suka...Sebenarnya nak bagi tahu ni, tapi aku rasa sume org tahu kot, sbb korang pun sama macam aku gak kena Pergi Kursus ..Aku kena pegi kursus Induksi pada 3/12 hingga 12/12 di sg. Congkak ye...sila jangan gelak ye tempat kursus tu..kan kat sungai congkak ada tempat berkursus...bukannya kteorg tido dalam khemah..Alhamdulilah la akhirnya dapat pegi gak..
Makanya blog ini akan bersarang la ye...tak de masa nk berblog la kat tempat kursus..
Macam la hari-hari aku update blog....poyo je..
So berjumpa lagi kte selepas aku balik dari Kursus ye...jumpa nanti di next entry..

Hari ni hari jadi Mak aku plak 2 Disember ...x dapat la nak celebrate pasal besok dh nak pegi Kursus..Tie (nama panggilan manja keluarga) balik kursus nanti la kte celebrate n bagi hadiah ye mak...Mak selamat Hari jadi yng ke 52 tahun..sayang mak!!

Monday 30 November 2009

Happy Anniversary to Us!!

Salam..
Lesu je hari ni masuk keja, ye la 3 hari cuti kan..tak kemana pun cuti, balik Putrajaya, tak balik kampung pun..tahun ni raya ayah aku tak da, so tak banyak sangat la dapat daging korban, selalu kalau dia ada banyak gak dapat..mood raya dah tak de so kte citer lain plak..

Esok adalah 1 Disember 2009, maka dengan ini aku nak bagitau besok adalah hari ulangtahun perkahwinan aku & suami..eh advance bg tau plak.....Bulan disember ni banyak betul hari-hari istemewa dalam hidup aku..Mak aku 2 Dis, Hari jadi aku pun bulan Disember gak..Biasanya kteorg pegi makan & jalan jalan je, untuk meraikan Hari yang "bermakna' ni..sebelum ni jatuh time weekend, tahun ni plak time bekerja, takpala..celebrate kat umah je lah..dah la 3hbhingga 12 Dis ni ada Kursus, Tinggal la suami aku keseorangan dirumah..kata dia, "jadi bujang la abang". Kursus ni wajib kena pegi, dh ada nama, so kena la pegi..oklah tak de ape lg nk citer, ketandusan idea dah..jumpa lagi bye-bye



p/s : untuk sayang aka suami aku!

Sayang Happy Anniversary!!! yang 3 tahun...

"Aku sangat bahagia..tiada apa yang dapat diungkapkan betapa BAHAGIA nya aku bersama dia, Syukur aku padaNya, kerana mengurniakan dia dlm hidupku, hadirnya mencipta saat2, detik2 indah, dalam suka dan duka, dia selalu ada, dalam senyum dan tangis, dia selalu ada, ya, dia temani aku selalu, dan kini, biarpun 3 tahun telah berlalu, ia masih lagi kukuh di situ, semoga ia kekal begitu selama2nya, buat sayang, tiada kata yg dpt ku ungkapkan, cuma, aku sayang kamu, aku cinta kamu, aku mahu terus bersama kamu, terima kasih sayang, terima kasih utk segalanya...* sedih *(tetiba rasa sedih plak)

Wah!! jiwang kan..khas dedicate untuk suami aku..




Tuesday 24 November 2009

Dah basi

Salam....

Aku dah ok, smlm tu mayb aku ada terpikir yang bukan2 kot, tu sebab aku rasa berdebar-debar..dah tak yah pikir-pikir lagi malas nak cara dengan hal hal remeh mcm ni...
Ni namanya entry yang dah basi yer...lama aku peram ni, ala bukan apa pun saja nak share lagi citer kat sini..sebenarnya dah tak de idea nak merapu kat sini.so ini je la storynya...
Wedding ni masa aku pegi sama hari masa dahlia kahwin, tapi wedding ni malam, so tak lah rushing sangat..yang kahwin ni bukan sedara pun, tapi orang dah jemput so harus la datang..Ni adik ipar aku Nani punyer adik ipar(Nani punyer husband punye adik la kira ni)...

First time pegi kenduri malam, selalunya kenduri malam biasanya org buat akad nikah ataupun malam berinai kan..best gak kenduri malam-malam, sejuk je, tak delah peluh2 sangat, make up pun tak cair hahaha...ok la aku mengarut sampai sini je..so layan je la gambar yang tak seberapa ni...

ini la pengantinnya Nazim!

harus bergambar bersama pengatin, amik berkat! bak kata laki aku!!

table kami..ni semua adik-adik ipar aku n anak sedara

meja sebelah

gambar aku wajib la kena ada!!

Monday 23 November 2009

Nape ehh..

Salam...
Nape eh hari ni rasa berdebar-debar...nak kata takut, nk takut dengan apa plak kan....ish apa yang aku pikirkan ni..tak suka la rasa macam ni..!!!badan rasa seram sejuk, penah tak korang rasa macam ni..??risau kenapa plak ni?? mungkin sebab hari isnin kot..tapi kenapa plak dengan hari isnin, x de kena mengena pun kan..ok lah jap lagi ok kot...

Friday 20 November 2009

Rindu!!!

Yeay!!! besok cuti...

Nak balik Putrajaya..Dah lama x balik jumpa mak..rindu giler tahap max kat mak ni.....bukan sengaja tak nak balik, tapi minggu-minggu sebelum ni sangat-sangat lah pax/busy!! Mak paham...teringin nak makan asam rebus mak masak...nanti balik nak requestlahh..mengadakan!! Kesian kat mak, tinggal berdua je ngan adik yang bongsu, Ayah aku pegi Haji, awal disember nanti baru balik, kalau aku tak balik, tu yang dia tinggal berdua je ngan adik, adik yang no.3 ada kat pilah, hari minggu je balik tu pun kadang2 kalau kena dia duty x balik jugak, Abang yang sulung pun hari minggu gak baru dia balik, wife dia nurse keje shiff, kadang shiff malam kadang shiff petang..

Nasib mak aku keje, kalau tak lagi la dia sunyi..anak2 semua dengan kehidupan masing2..ni pun nasib adik yang bongsu tinggal dengan mak lagi, kalau dia dah kawin besok, lagi la kan..sedih kadang2 bila dipikirkan..tapi sebenarnya itulah lumrah kehidupan, satu hari nanti kte semua akan merasainya bila anak2 kite semua dah besar panjang..Tapi kite sebagai anak juga ada tanggungjawab kat mak ayah kite, selagi mereka ni masih hidup sayangilah mereka sepenuhnya berbuat baik la pada mereka, hargailah setiap pengorbanan diaorg..jangan nanti bila mereka dh tak de baru nak menyesal..masa tu menyesal pun tak guna kan..jadi, sayangilah ibu bapa anda!!!(wah macam iklan pulak kan)

Cuak giler!!!

Salam...

Ya allah ya tuhanku, cuak giler tadi..korang tau tak aku kena panggil dengan Datuk CEO pasal fail & doket..giler betul lah, aku ni dh menggeletar sume ada tangan sampai sejuk2..tak tau nak bagi tau mcm mana perasaan masa tu..Agaknya sebab tu la anggota kat PPSPPA ni sume takut ngan dia..CEO kteorg ni mmg alert sangat pasal keje ataupun hal-hal yang kecik-kecik ni..tu yang takut sgt ni..Tak boleh nak jangka kadang-kadang , ada je...ada pernah dia datang spot check sume level/bahagian, nnt lepas check tu, ada la dia jumpa apa-apa yang dia tak suka nnt dia akan bagi tau la dalam Perhimpunan akan datang..malu gak kalau kena kat kte, mau tak malu kalu dia mention nama kte sume org tau..betapa alert nya dia hal-hal yang kecik ni..Ada gak kes yang dia terminate staff, tapi mmg diaorg punya salah lah, nasib baik la aku dah tetap, kalu tak mau la dii kontrak kan aku..tak nak tak nak..

Sebenarnya memang salah aku pun, memang masa Cik Aini check ari tu mmg belum update tapi masa nak Audit betul2 hari tu, aku dah update kan apa yang patut..bukan banyak pun..nak wat mcm mana kan..bukan semua org perfect sgt, semua org pun ada buat salah gak...tapi bukan aku sorang je yang kena panggil, ada lagi yang kena gak. Semua pun masalah yang lebih kurang gak..Kadang ada bagusnya, dia buat mcm tu sebab dapat la memupuk budaya kerja yang produktif..semua anggota jugak akan lebih alert macam dia..

So lepas ni dan bila-bila kena lah improvekan diri, alert selalu dan up to date dalam semua hal mahupun kerja..Kerja tu kan tanggungjawab kte semua, kerja pun satu ibadat so kerja la dengan ikhlas seikhlasnya..Yang penting sekali Kerjasama dalam satu bahagian..

Bye-bye....


Thursday 19 November 2009

Wedding Dahlia kat Dewan Manjalara, Kepong

Hai...
Ha amik ko, giler tamak banyak giler gambar aku upload kat sini..tengok puas-puas..yang penting gambar aku tetap ada ok! kata tuanpunya blog harus la gambar aku yang banyak..aku ni giler upload gambar kalo boleh sume gambar aku nk up kan..mcm mana tu..ni lah gambar gambar yang berjaya di tangkap pada hari kejadian, ni je yang sempat pun..perantin pun mesti upload gak gambar dia kat blog dia.

Banyak gambar kat sini so, jom kite layan...zassssss



pelamin yang cantik


pandangan jauh


unik, lain dari yang lain!!


sangkar hiasan


perantin berarak


ketibaan mempelai!!


sempat lagi tuh, dahlia!


time sanding!


sepadan!


cantik pelamin!!seriously


makan beradab


aku ngan dida


sibuk tau kteorg ni, time ni diaorg baru nk makan beradab!!tu pun minta kebenaran dulu dari photographer dia


dhenu & zah


sume giler bergambar!!

p/s : for dahlia

Dahlia Selamat Pengantin Baru..semoga kehidupan yang baru ini akan lebih bermakna dalam hidup ko, semoga berbahagia selalu, semoga jadi isteri yang mithali dan solehah, sabar menghadapi dugaan berumah tangga..insyallah

Monday 16 November 2009

Selamat Pengantin Baru Dahlia!!

Lama betul amik masa nk draf ni tau, internet opis slow, so amik masa skit nak publish ebtry ni..

To my dearest fren, Dahlia telah selamat diijabkabul kan pada sabtu 14/11/2009 selepas asar. Dahlia ni kawan opis, dulu kte org duk tumpang kat bahagian dia, tu yang boleh rapat dengan dia sampai skrg..Alhamdullillah selamat sudah semuanya..dahlia dah pun kahwin sah menjadi isteri kepada En. Nor Izzani(betul ke aku eja nama suami ko ni) Dahlia ni, dia ni very soft spoken, baik, pendengar yang setia, tapi kadang-kadang blur(hehehe)...

Masa dia nikah & kahwin hari tu cantik sangat, memang kena la plan dia dengan idea-idea dia yang dia pikirkan sebelum dia kahwin..Aku pegi masa majlis nikah kat Masjid kat umah dia, dida pun ada skali, sama-sama kteorg bagi semangat kat dia..Kteorg pun tak tunggu smpai malam pun, selesai je dia nikah, kteorg makan n terus balik..malam tu aku ada lagi satu kenduri, so aku kena rushing gak, nak siap sume..lagipun besok 15/11/2009 nak datang lagi kenduri dia kat Dewan Manjalara di Kepong.

Deco pelamin kat umah dia mmg sgt la sweet!! apatah lagi di Dewan tersangat la cantik.. Deco kat Dewan ala ala burung dlm sangkar pun ada sbb aku tengok banyak sangkar... macam garden pun ada...! Pelamin dia, Ya allah cantik sangat-sangat!!! Baju dia? kalau tak salah baju tu idea dia itu pun cantik! Combination colour of white & merah mmg sweet! Sesuai dgn mempelai .. Aku stay sampai pengantin lepas makan beradab je, sbb aku ada hal lain plak, coz mak/pak mertua tunggu kteorg kat umah adik ipar.. Ha gambar byk ni jom layan! :)

akad nikah

ni pelamin kat rumah..so sweeet..

bersama barang hantaran


ayah dahlia yang akad kan


perantin!


happy dahlia kahwin..



bersama raja sehari selepas dinikahkan..


aku & dida sempat lagi tuh


cantik!!

Gambar masa Majlis Bersanding kat Dewan Manjalara, Kepong nnt la aku upload..internet ni kadang2 ngok la..kejap boleh kejap x boleh.. besok lah erk...