CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, 28 April 2010

why!!

isshh!!

Kenapa!!!!
Kenapa!!!
Kenapa!!!


kenapa ada yang tak suka kite senang??
kenapa ada yang tak suka kte bahagia!!
kenapa ada org depan baik belakang kte cakap belakang!!
kenapa ada yang nak busuk hati??
kenapa ada org iri hati??
kenapa nak dengki!!!
kenapa suka nak menjatuhkan org!!!!
kenapa ada org tak boleh tgk kte lebih dari dia padahal ko tu dh kaya!!!
kenapa nak jeles!!!

ada banyak lagi ni....

kenapa!! kenapa kenapa kenapa!!!!

p/s : Ya allah, ya tuhanku pelihara la aku dan jauhkan lah aku dari golongan seperti diatas...

Wednesday, 7 April 2010

"TEMUBUAL @ TEMUDUGA"

Salam..hai

fuhhhh!! lega baru lepas habis temubual @ temuduga tadi.. Ala bunyi macam hah!! temuduga! biar betul!! dah tetap pun kena temuduga lagi ke?? banyak la persoalan yang berlegar-legar sebelum aku temuduga @ temubual tadi...

Sebenarnya, memang macam temuduga pun tapi tak formal sangat la, sebab jawapan yang kte berikan pun sangat rileks & sempoi je dan soalan yang diajukan pun pasal senarai tugas kte, so, suka hati la nk jawap macam mana pun, tak formal la katakan...

Tujuan sebenar temuduga @ temubual ini diadakan bukan nya apa pun, diaorg cuma nak tengok beban tugas kat Bahagian yang kte kerja tu, pastu kalau kat bahagian tu memang waran yang ada betul diisikan, tak de masalah la kot, TAPI! tak jugak mungkin waran yang diisikan adalah 2 tapi beban tugas dia tak banyak sangat atau tak membebankan sangat berkemungkinan bahagian itu tidak memerlukan kerani sampai 2, seorang saja sudah memadai, itu kata diaorg yang menemubual tadi lah...Lepas ditemubual tadi, risau jugak la, tapi kena positif la, kalau dapat tukar bahagian lain pun kena terima je la..kat mana-mana kte keje pun sama je, cuma mungkin kte rasa dah selesa kat tempat kte skrg ni, tapi tak bermakna tempat yang kte kena pegi nanti tak ok..mudah-mudahan ok la..kalau tak ok pun kte buat-buat ok sudah la.. (hihihi ayat nak sedapkan hati je) Keputusan tak de lagi pun, tunggu dan lihat je la nanti kalau boleh nak stay lagi, tak nak tukar2 lagi...hahahha mana boleh tak nak tak nak, kalau dh diaorg suruh kena gak tukar...

Apa-apa pun keputusan belum lagi keluar dan belum muktamad lagi, kalau benar lah kena ditukarkan Bahagian lain, kite terima je la, kena positif la.(hihihi aku pandai ckp je) nak bagi semangat kat diri sendiri je sebenarnya..ok la, selamat menunggu keputusan nya nanti...
eee takut!!!!!

Bye-bye




Thursday, 25 March 2010

Namanya!!

Salam

oh!! lupa semalam tak tulis nama my nephew tu, sebabnya mak ayah dia tak boleh pikir nak bagi nama apa kat anak diaorg tu..Huhu jenuh la diaorg cari..agaknya dalam tempoh 9 bulan tu tak boleh pikir lagi kot nama yang sesuai..ENntah la kan,, maybe nak cari yang sesuai kot...

So namanya adalah Ahmad Adam Nazran Bin Ahmad Akmal..sedap nama..

ok la, tu je nak bagutahu, lenkali kte citer lagi..tak sabar nak balik Putrajaya, jumaat malam ni, nak jumpa adam!!!

Wednesday, 24 March 2010

New Comer!!





Salam...

Memperkenalkan, putera sulung merangkap anak buah ku yang pertama dan merangkap cucu sulung famili kami...Huh!! punya la exciteed sangat, tak penah rasa ada anak buah sendiri kan...sebelum ni ada anak buah tapi anak buah belah hubby, ni anak abang aku yang sulung..dilahirkan pada 23 /03/2010 jam 9.03 pagi di Hospital Putrajaya...Kalau nak tahu seluruh keluarga kami semua excited..yang paling excited nanny ma nya aka mak aku..

Berita pagi semalam 23/03/20010 sungguh menggembirakan. Kelahiran Adam anak buah pertama aku, semoga lahirmu akan membawa seribu kegembiraan buat semua ahli keluarga... Insyaallah...

Thursday, 18 March 2010

Tak tahu nak tulis tajuk apa!!


ni gambar lama, waktu ni masih selalu berjumpa
ziah yg tudung putih kakak yang baju putih tu

Tetiba rindu pulak dengan diaorg ni..aku rasa bersalah sangat selama ni aku tak boleh jadi sahabat yang baik, "i'm not a good friend"...maaf kan aku ya ziah & kakak..

Ni kawan aku masa sekolah kat putrajaya, kteorg bertiga ni mmg baik sangat, macam belangkas even famili kteorg pun mengenali antara satu sama lain, mmg rapat sgt tau dulu..tp zaman dah berubah, manusia pun berubah, kteorg tak macam dulu lagi, aku rindu sgt kenangan dulu-dulu, kalau boleh sekarang pun nak macam dulu..tapi tak sama kan, dulu belum kahwin, tak de komitmen skrg dh kahwin banyak komitmen, tapi itu bukan alasan la azwa!! nak seribu daya,
tak nak seribu dalih!!!

nasibla ada fb, sekurang-kurangnya dapat jugak mengeratkan hubungan yang telah lama terputus,, tapi hanya sekadar menghantar msg saja..apa yang aku cuba tulis ni bukan apa, cuma nak menyalahkan diri sendiri je!!! dh plan dgn kakak td, lepas ziah abis pantang nak jumpa balik, tak sabar plak rasanya...

Maafkan aku sekali lagi ye kakak & ziah!!!! sayang korang!!!

entry ni ada unsur-unsur emo skit, maaf lah....

Friday, 19 February 2010

Turn Diana pulakk!!

Salam...

kan aku dah kata aku ni, kalu skali ada mood nk update, ada je benda aku nk update...bila tak de idea, maka senyap sepi la blog ni...haa ni idea tengah mencurah-curah ni, lagi pun ada bahan nk up kat sini..

Rasanya belum terlambat lagi nk wish Birthday kat Diana, : Happy Birthday Diana, yang ke 28 tahun...huhuhu dah tua dah Diana hhahahaha.........Celebrate awal, patut birthday diana 15/2, memandangkan tarikh tu jatuh pada hari cuti CNY, kteorg plan gi awal, hari jumaat 12/2 sebelum cuti dah pegi...Kali ni diana pilih nak makan stemboat pulak, dia kata asyik makan western je, so dia yang decide nak makan kat Seoul Garden..lagi pun dekat je, jalan kaki je, tapi mencanak gak la kteorg jalan ke situ, berpeluh-peluh gak la ketiak ni ha...Ok gak makan kat situ, aku pun first time makan kat Seoul Garden tu, sedap!! all u can eat!!! makan la sampai muntah...kenyang giler..harga pun berpatutan, kalau memang jenis yang kuat makan worth it la dengan harga tu...jom layan gambar....

food banyak!!

jom main masak-masak!!

diana , aku & dora..asal muka aku mcm tu!!

bersama dida pula

kali ni ada kak ros aka bos kami

dora yang menikmati

harus ada gambar semua, ni pun dida suh org kat situ tangkap kan...



dah tu je citer nyer....ok jumpa lagi..byyeeeeeeeeeeeeeeeeee

Banyak citer nak citer tapi....

Salam..

Hai semua...

Akhirnya aku gagahkan jugak jari-jemari aku ni untuk menulis/menaip ini...Sejak kebelakangan ni aku betul2 rasa xde mood nak mengupdate. Segala-galanye dirasakan begitu hambar sekali. bile aku bukak blog aku yg dah bersawang ni aku kesian plak tapi jgn kata nak updet, nak jenguk2 pon rasa mcm dah tak kuasa. kesian aku tgk blog aku ni layu je. bile tgk blog org lain amboi kemain lagi mcm2 citer terbaru kuar tp tgk blog sendiri HAMPEHHHH...

bila tengah free byk nak update kat sini... tapi selalunya tertangguh adalah disebabkan faktor gambar!.....Bila bahan dah ada mood pun ada.. kerja pun ala ala boleh tolak tepi jap belakang internet kat ofis aku ni pulak buat hal! Bila nk upload gambar je tak boleh pulakkkk!!! Suka-suka je tak leh!! Blogspot ni diaorg tak block, ok je kalu aku nak update pape,..! tapi citer tak de gambar la, tak de gambar macam tak lengkap pulak penceritaan aku kat blog ni..hahahha...tapi mmg la time waktu kerja tapi hello 8-5 macamlah semua org buat kerja jek kan.. kadang-kadang kte semua perlukan rehat! (cewahhhh! Bukan banyak sangat keje pun!!!hahahahhah!!)

So.... amacam cuti? Best cuti lama??! Aku nya cuti aku abiskan kat umah mak aku & balik kg husband, fair la kan balik dua-dua skali....Last balik kg. Hubby 2 minggu lepas, ni balik pun ada urusan, sian FIL & MIL tu...umah mak aku jgn cakap la, asal ada cuti mesti wajib balik!!! Walaupun tau yg cuti CNY ni jalan sesak... kteorg dah prepare, kteorg tak balik hari jumaat, balik kg. Hubby pun hari isnin, jalan pun tak jem sangat...bagi laluan pada yg cina nk raya dulu!!!jgn ckp org cina je, org melayu kte ni pantang jugak kalau cuti panjang kan, rasa-rasanya org melayu kte yang paling ramai kat atas jalan tu...kata 1 Malaysia kan...

Tapi aku cuti pun tak ke mana pun...kan sekarang ni musim kemarau..betul ke??Korang terasa tak bahangnya???? Nak nak cuti-cuti ni..... panas ya rabbi! Ye la selalu kita duk ofis mana nak rasa kan...Kalau keluar tengah hari buta siap la, air-cond dlm keta pun dah tak rasa walupun dah buka yang paling high..Sampai sakit2 kepala, panas sangat....tu baru panas kat dunia ni,..uhhhuhu insaff!!!

Tak de gambar pun kali ni, fed-up lah, time nk upload je, tak boleh...lagipun tak de gambar pun, sebab citer diatas tak de kaitan dengan gambar, maka tak da la gambar ye..saje nak post atleast terupdate la jugak blog aku ni...ok,lah nnt ada citer lain aku up kat sini lagi berserta dengan gambar...cewahhh!!

Byee


Tuesday, 26 January 2010

Pengantin Lama!!

Haaa..boleh plak upload gambar, kejap boleh kejap tak boleh ishhh!! lama giler baru amik masa nak update ni, walaupun dh lama aku simpan post ni, akhirnya berjaya juga publish tetap nk publish gak kat sini..tak banyak citer pung nak citer..Ala ni pun gambar masa pegi wedding dhenu hari tu..tu je pun...

aku & mummy dida & alya

oh ini la pengantin hari tu..hari ni dh jadi pengantin lama dah...
dah basi sebab lama baru aku nk up kat sini..

oh dhenuka...

Friday, 22 January 2010

Pemeriksaan Kesihatan

Hai..

Firstly nak ucap thanks kat Bahagian Korporat & BSM sebab telah menganjurkan Pemeriksaan Kesihatan ni. Antara pemeriksaan yang ada tadi merangkumi aspek kesihatan jantung. Ye la, penyakit jantung ni berpunca dari amalan pemakanan kte yang tak seimbang. Kalau dah keturunan ada penyakit tu nak wat mcm mana kan, so kenala berjaga-jaga.
Dari situ kite kena jaga la semua aspek kesihatan kte.(baru tau sbb tadi ada penerangan).

Ok tadi kena timbang berat & buat BMI sekali, baru la tau kte ni berada kat ranking yang mana sama ada kte ni Underweight ke Normal ke Overweight ke, Obesity ke, atau pun Severe Overweight..Ohh!! aku punyer adalah?? malu la nak bg tau..paham-paham je la...
Lepas tu Check BP(Blood Pressure) aku ok, Normal, pastu Check Blood Sugar(gula dlm darah)
& Cholesterol itu pun aku ok, normal jugak..Tapi kena jaga jugak, sebab umur semua makin meningkatkan..

Bagus jugak ada pemeriksaan percuma macam ni kat opis, al-maklum la kalu pegi Hospital Kerajaan kena appoinment dulu, lambat jugak kan nak tau resultnya.Kesimpulan Pemeriksaan Kesihatan hari ni ok, aku puas hati..sori tak de pic la.
Apa yang penting, kesihatan harusla dijaga, Pemakanan juga penting.Amalkan gaya hidup Sihat.

Ok. Bye-bye



Wednesday, 20 January 2010

FRIENDS OH FRIENDS

Salam, Hai semua...
Aku tak puas hati lagi ni, hari ni nak sambung marathon lagi mengupdate blog, padahal keje banyak je nak kena buat..tak pe menyelam sambil minum air la, Alah korang macam tak biasa pulak..

Ada apa dengan tajuk di atas?Ini adalah perjumpaan yang tak dirancang, tetiba je Erra call cakap jom kte jumpa nak? So semua decide nak jumpa sabtu malam baru ni 16 Jan 2010.. lama betul tak jumpa diaorg ni, Erra ada gak jumpa, tapi Murni memang tak pernah jumpa, memang dah berubah sangat bila jumpa dengan diaorg ni..Lokasi tempat pertemuan kami setelah dirancang adalah di rumah Murni, di Ampang Tasik Tambahan. Thanks, muni masak macam-macam bagi kteorg makan. Masing-masing macam excited je sbb lama tak jumpa, macam-macam benda nak cerita, nak share, nak gosip..Tak sama tau berbual kat telefon dengan berbual kte bertentang mata..

Ye la masing-masing dah kahwin, banyak tanggungjawab yang perlu dipikul sebagai seorang isteri. Erra pun dah ada anak, Murni baru kahwin tapi aku tak dapat nak pegi ada hal sangat masa dia kahwin. Masing-masing sibuk dengan karier masing-masing. Sebenarnya ada lagi yang aku tak jumpa, yang ni yang jumpa pun tak cukup lagi, yang tak de semua tak leh nak datang. Diaorg ni kira kawan baik aku masa aku sekolah kat sentul dulu, tapi sayang aku cuma sampai form 4 je dengan diaorg, bayang kan dari form 1 hinggalah aku form 4, bila aku terpaksa berpindah ke Putrajaya masa tu memang sedih sangat. Tapi kteorg still keep in touch la, cuma tak berjumpa je, nasib la ada hp, tambah pulak sekarang ni dunia alam cyber semakin banyak, macam-macam cara sekarang ni kte boleh berhubung, cuma tau dengan tak tau je nak guna, betul tak..

Lepas ni kteorg dah plan nak kumpul macam ni selalu, ok gak tu, mengeratkan hubungan kan..lepas ni diaorg plan turn umah aku plak..Cerita aku dah nak abis, so selingannya harus la ada gambar, maka ini saja lah gambar yang sempat dimbil pada hari kejadian dan di upload disini..Semoga kte akan berjumpa lagi seperti yang dirancangkan..

ini la dia, yang sebelah aku tu Murni, sebelah Murni tu Erra,
yang belakang tu anak Erra, Ashman

ngan Erra "Hotmama"

Aku & Murni

Hensem boy la anak si Erra ni

Ok bye-bye..

jumpa lagi next entry!!